Saturday, March 13, 2010

selamat bercuti

alam persekolahan.........amat indah dan mengasyikkan. Jadi budak-budak la katakan......berlari, memanjat, mandi sungai melastik dan dot dot dot..salam perpisahan untuk zaman kanak-kanak.... pengarang sekarang telah pun menjadi suami kepada wanita pilihan jantung hati.... tu sebagai selingan jer...he he he...sekarang nii tengah cuti sekolah...untuk pengetahuan..... sekarang ni tengah melatih 6 orang pelajar j-QAF menghafal alquran...target mudah-mudahan dak ni dapat menghafal 5 juzuk alquran, sebelum masuk ke tahun enam. Sekarang dak ni berada dalam tahun 3 dan seorang dalam tahun dua..... ok la....tuk penghafaz-penghafaz sekalian.....buat sehabis baik.........

Tuesday, March 9, 2010

Berlalunya....menjadi kenangan


Perkara yang telah berlaku tidak akan berulang kembali...betapa hebatnya, kuatnya, gagahnya kita, tidak dapat kembalikan semula masa yang telah berlalu pergi.Masa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..tidak dapat jua dibeli dengan harta kekayaan.....tetapi masa boleh dibeli dengan rasa keimanan kepada Allah.Masa apabila diisi dengan rasa iman dan rendah diri, tunduk da patuh kepada perintah Allah..nescaya Allah akan memanjangkan masa kita. Kita boleh merasainya dengan puturan masa yang lambat. Tetapi bagi yang telah mengisi masa mereka dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah....mengumpat sini sana...berpeleseran...berbual kosong... maka mereka itu tergolong dalam mereka-meraka yang rugi......rugi....rugi. Bagi mereka, masa yang berlalu bagaikan kilat yang menyambar...sangat pantas masa berlalu.Sebab itulah Allah telah berfirman mengenai masa.Allah Taala telah berfirman..( وَالعَصْرِ ) Ayat ini telah dimulakan dengan perkataan masa...menunjukkan betapa pentingnya masa kepada kita yang yang telah diciptakan Allah yang telah dicop dengan gelaran insan ( pelupa). Manusia boleh dibandingkan dengan haiwan yang melata dan tumbuhan yang menghijau..... haiwan dan tumbuhan tidak mampu untuk membazirkan masanya. Kita mengambil contoh yang paling mudah, kucing....haiwan yang berada di sekitar kita. Menggunakan kelebihan malam dan siang dengan sebaiknya. Makan....berjalan....sesuai dengan konduksinya sebagai haiwan....tetapi manusia yang mempunyai banyak kelebihannya daripada haiwan... tidak mampu menggunakan dengan sebaiknya....Pengarang bersyukur kepada Allah kerana telah membuka pintu rezeki untuk mendidik masyarat mempelajari Al-Quran....masa yang dikurniakan oleh Allah digunakan, untuk mendidik para pelajar untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.Alhamdulillah......Sebab itulah sahabat-sahabat sekalian....anda adalah manusia yang beruntung kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi warga pendidik...

Muhamad Zaki Bin Mazlan
8.40 pagi
Kelas Tahun Lima
SKLondah

Sunday, March 7, 2010


Assalamamualaikum....
Pengarang berada di dalam kelas j-QAF. Kelas tahun lima yang dijadikan bilik sementara untuk mengajar dak j-QAF. Sememangnya tengah menunggu murid-murid j-QAF masuk ke dalam kelas. Lepas ni mengajar Al-quran tahun 3, salah satu mata pelajaran yang ana minati untuk mengajar.... sebab bila membaca Al-quran ni.... rasa tenang tu, seolah2 berada di dalam dunia yang lain... dunia yang penuh dengan warna-warni... cantik...indah... tak mampu untuk penulis nyatakan disini. Ana nak menyentuh sedikit mengenai program yang telah berlangsung minggu lalu...program maulidurasul....minta maaf...gambar untuk program tersebut masih tidak dapat di apload lagi....tunggu la yo.... program tersebut berjalan dengan lancar.. tahniah kepada juara untuk pertandingan hafazan. Tahun satu, perempuan.. adik Yasmin. Tahun dua, adik Firdaus. Tahun 3, adik Zulikmal. Tahun empat, adik Syamin Nabila. Tahun lima, adik Fatin Syahirah dan tahun enam adik Saad. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan ini...

Tuesday, March 2, 2010

Terkenang


semasa pengarang mengupdate blog ni.... meletakkannya dengan nama j-QAF, teringat pulak kenangan semasa belajar di Universiti Al-azhar, Mesir. Yang belum pernah mengaji di Mesir mungkin tak dapat merasai bagaimana perasaan untuk kembali semula ke Bumi Anbiyak tu....damanhur....bumi bertuah yang pengarang sempat belajar selama 4 tahun dan setahun di kaherah sebab amik kursus bahasa arab di markaz nil..... banyak kenangan suka dan duka sebelum menjadi seorang guru j-QAF. Pengalaman belajar di Negeri Orang banyak mengajar erti kesabaran. Sabar...... Sabar....Untuk menjadi seorang guru.Sabar ngan karenah dak ni.... Ada yang banyak berajar di rumah n sekolah. Ada juga yang kurang berajar.... sampaikan naik angin.....sabar..sabar....kepada guru j-QAF, banyak-banyak la bersabar....begitu juga dengan guru-guru yang lain....

Program Maulidurrasul 2010


Selama seminggu ni.... tengah sebuk tuk program Maulidurrasul. Hari isnin... ada perasmian program dan pertandingan kuiz n mewarna. Hasilnya...memuaskan jugak la, walaupun ade yang tak seberapa dan comot lomot. Ni hasil dalam pertandingan tu.....tarikh hantar kertas lukisan ni, pada hari khamis ni. Agak2 sape la yang akan merangkul hadiah kereta ferrari nanti..... he he he