Tuesday, March 9, 2010
Berlalunya....menjadi kenangan
Perkara yang telah berlaku tidak akan berulang kembali...betapa hebatnya, kuatnya, gagahnya kita, tidak dapat kembalikan semula masa yang telah berlalu pergi.Masa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..tidak dapat jua dibeli dengan harta kekayaan.....tetapi masa boleh dibeli dengan rasa keimanan kepada Allah.Masa apabila diisi dengan rasa iman dan rendah diri, tunduk da patuh kepada perintah Allah..nescaya Allah akan memanjangkan masa kita. Kita boleh merasainya dengan puturan masa yang lambat. Tetapi bagi yang telah mengisi masa mereka dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah....mengumpat sini sana...berpeleseran...berbual kosong... maka mereka itu tergolong dalam mereka-meraka yang rugi......rugi....rugi. Bagi mereka, masa yang berlalu bagaikan kilat yang menyambar...sangat pantas masa berlalu.Sebab itulah Allah telah berfirman mengenai masa.Allah Taala telah berfirman..( وَالعَصْرِ ) Ayat ini telah dimulakan dengan perkataan masa...menunjukkan betapa pentingnya masa kepada kita yang yang telah diciptakan Allah yang telah dicop dengan gelaran insan ( pelupa). Manusia boleh dibandingkan dengan haiwan yang melata dan tumbuhan yang menghijau..... haiwan dan tumbuhan tidak mampu untuk membazirkan masanya. Kita mengambil contoh yang paling mudah, kucing....haiwan yang berada di sekitar kita. Menggunakan kelebihan malam dan siang dengan sebaiknya. Makan....berjalan....sesuai dengan konduksinya sebagai haiwan....tetapi manusia yang mempunyai banyak kelebihannya daripada haiwan... tidak mampu menggunakan dengan sebaiknya....Pengarang bersyukur kepada Allah kerana telah membuka pintu rezeki untuk mendidik masyarat mempelajari Al-Quran....masa yang dikurniakan oleh Allah digunakan, untuk mendidik para pelajar untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.Alhamdulillah......Sebab itulah sahabat-sahabat sekalian....anda adalah manusia yang beruntung kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi warga pendidik...
Muhamad Zaki Bin Mazlan
8.40 pagi
Kelas Tahun Lima
SKLondah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment