Thursday, May 13, 2010
Selamat hari Guru
Selamat hari guru....
Kepada guru-guru yang sentiasa berada di dalam diri ana, disetiap aliran darah, jantung, hati dan seluruh laluan dan saluran yang membuatkan ana masih dapat berdiri dengan kukuh ini.
Terima kasih dengan tunjuk ajar yang diberikan, membolehkan ana dapat mengecapi nikmat pagi dan petang, tengahari dan malam. Disepanjang tidur dan bangun.
Ribuan terimakasih masih lagi dapat melihat cahaya dan kegelapan bertunjangkan ilmu yang cikgu curahkan.
Untuk mu buat guruku, sekalung ingatan berjuta kemaafan jikalau ada kesalahan yang ana lakukan.
BUatmu......
LILIN SEORANG GURU
Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dia mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
o hoooo.....Aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan......beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment