Sunday, May 30, 2010

Anda Perlu Tahu, dan Wajib Tinggalkan


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi
pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui
Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.


( copy artikel )

Thursday, May 13, 2010

Selamat hari Guru


Selamat hari guru....
Kepada guru-guru yang sentiasa berada di dalam diri ana, disetiap aliran darah, jantung, hati dan seluruh laluan dan saluran yang membuatkan ana masih dapat berdiri dengan kukuh ini.
Terima kasih dengan tunjuk ajar yang diberikan, membolehkan ana dapat mengecapi nikmat pagi dan petang, tengahari dan malam. Disepanjang tidur dan bangun.
Ribuan terimakasih masih lagi dapat melihat cahaya dan kegelapan bertunjangkan ilmu yang cikgu curahkan.
Untuk mu buat guruku, sekalung ingatan berjuta kemaafan jikalau ada kesalahan yang ana lakukan.

BUatmu......
LILIN SEORANG GURU

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dia mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

o hoooo.....Aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan......beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Monday, April 26, 2010

seindah suria, secantik bahasa, seanggun budi pekerti.



pagi yang indah...saya sekarang ini berada di dalam surau j-qaf..4 orang pelajar tahun tiga datang bertanya... boleh lagi ke sembahyang subuh sekarang ni? emmm sekarang ni pukul 7.20 pagi...."boleh... pergilah sembahyang".

betapa bagi seorang guru akan gembira dengan perubahan ini... murid yang datang bertanya adalah daripada latar belakang yang berbeza...( tak perlu rasanya saya menulis di sini ) .n.

teringat pulak lagu nasyid ni..

Allah tuhan yang Esa,
tiada Tuhan selain Ia,
Pencipta Alam Semesta,
Beserta Seluruh Isinya.....

Hari ini juga bermulanya ujian bulanan. Semua pelajar bersiap-sedia untuk menghadapi beberapa kemungkinan... soalan senang..atau soalan susah. Ujian Bahasa Arab akan diadakan pada hari Rabu ini....

Selamat berjaya..Semua.
Buat sehabis baik....

Saturday, March 13, 2010

selamat bercuti

alam persekolahan.........amat indah dan mengasyikkan. Jadi budak-budak la katakan......berlari, memanjat, mandi sungai melastik dan dot dot dot..salam perpisahan untuk zaman kanak-kanak.... pengarang sekarang telah pun menjadi suami kepada wanita pilihan jantung hati.... tu sebagai selingan jer...he he he...sekarang nii tengah cuti sekolah...untuk pengetahuan..... sekarang ni tengah melatih 6 orang pelajar j-QAF menghafal alquran...target mudah-mudahan dak ni dapat menghafal 5 juzuk alquran, sebelum masuk ke tahun enam. Sekarang dak ni berada dalam tahun 3 dan seorang dalam tahun dua..... ok la....tuk penghafaz-penghafaz sekalian.....buat sehabis baik.........

Tuesday, March 9, 2010

Berlalunya....menjadi kenangan


Perkara yang telah berlaku tidak akan berulang kembali...betapa hebatnya, kuatnya, gagahnya kita, tidak dapat kembalikan semula masa yang telah berlalu pergi.Masa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..tidak dapat jua dibeli dengan harta kekayaan.....tetapi masa boleh dibeli dengan rasa keimanan kepada Allah.Masa apabila diisi dengan rasa iman dan rendah diri, tunduk da patuh kepada perintah Allah..nescaya Allah akan memanjangkan masa kita. Kita boleh merasainya dengan puturan masa yang lambat. Tetapi bagi yang telah mengisi masa mereka dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah....mengumpat sini sana...berpeleseran...berbual kosong... maka mereka itu tergolong dalam mereka-meraka yang rugi......rugi....rugi. Bagi mereka, masa yang berlalu bagaikan kilat yang menyambar...sangat pantas masa berlalu.Sebab itulah Allah telah berfirman mengenai masa.Allah Taala telah berfirman..( وَالعَصْرِ ) Ayat ini telah dimulakan dengan perkataan masa...menunjukkan betapa pentingnya masa kepada kita yang yang telah diciptakan Allah yang telah dicop dengan gelaran insan ( pelupa). Manusia boleh dibandingkan dengan haiwan yang melata dan tumbuhan yang menghijau..... haiwan dan tumbuhan tidak mampu untuk membazirkan masanya. Kita mengambil contoh yang paling mudah, kucing....haiwan yang berada di sekitar kita. Menggunakan kelebihan malam dan siang dengan sebaiknya. Makan....berjalan....sesuai dengan konduksinya sebagai haiwan....tetapi manusia yang mempunyai banyak kelebihannya daripada haiwan... tidak mampu menggunakan dengan sebaiknya....Pengarang bersyukur kepada Allah kerana telah membuka pintu rezeki untuk mendidik masyarat mempelajari Al-Quran....masa yang dikurniakan oleh Allah digunakan, untuk mendidik para pelajar untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.Alhamdulillah......Sebab itulah sahabat-sahabat sekalian....anda adalah manusia yang beruntung kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi warga pendidik...

Muhamad Zaki Bin Mazlan
8.40 pagi
Kelas Tahun Lima
SKLondah

Sunday, March 7, 2010


Assalamamualaikum....
Pengarang berada di dalam kelas j-QAF. Kelas tahun lima yang dijadikan bilik sementara untuk mengajar dak j-QAF. Sememangnya tengah menunggu murid-murid j-QAF masuk ke dalam kelas. Lepas ni mengajar Al-quran tahun 3, salah satu mata pelajaran yang ana minati untuk mengajar.... sebab bila membaca Al-quran ni.... rasa tenang tu, seolah2 berada di dalam dunia yang lain... dunia yang penuh dengan warna-warni... cantik...indah... tak mampu untuk penulis nyatakan disini. Ana nak menyentuh sedikit mengenai program yang telah berlangsung minggu lalu...program maulidurasul....minta maaf...gambar untuk program tersebut masih tidak dapat di apload lagi....tunggu la yo.... program tersebut berjalan dengan lancar.. tahniah kepada juara untuk pertandingan hafazan. Tahun satu, perempuan.. adik Yasmin. Tahun dua, adik Firdaus. Tahun 3, adik Zulikmal. Tahun empat, adik Syamin Nabila. Tahun lima, adik Fatin Syahirah dan tahun enam adik Saad. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan ini...